3 Perkara
Untuk Malaysia

Setiap seorang rakyat Malaysia akan berkongsi 3 Perkara untuk Malaysia untuk menjadi sebuah negara Maju.

Pendidikan yang lebih saksama untuk semua, peluang pekerjaan yang bermaruah, negara bebas rasuah dan salah laku, keadilan ekonomi tanpa mengira kaum, royalti untuk para petani, sokongan kepada industri seni tanah air, kebebasan untuk rakyat Malaysia memilih masa hadapan negara – dan apa sahaja idea, pandangan dan hasrat rakyat untuk Malaysia Maju adalah sangat penting dan dihargai.

Semua pandangan ini akan dikumpul menjadi satu visi untuk Malaysia Maju.

Sertai usaha Malaysia Maju hari ini. Sama-sama kita bina negara dengan 3 Perkara untuk Malaysia.

Klik sini untuk berkongsi idea, pandangan dan hasrat anda.

Latar Belakang
Malaysia Maju

Malaysia Maju adalah satu inisiatif orang muda untuk membina semula negara Malaysia. Usaha ini adalah berorientasikan semangat untuk negara menjadi maju dengan beraspirasikan suara rakyat berbilang bangsa, agama, warna kulit dan usia.

Marilah bersama kita membina negara Malaysia Maju!

SIAPA KAMI?

Malaysia Maju adalah satu inisiatif orang muda untuk membina semula negara Malaysia. Usaha ini adalah berorientasikan semangat untuk negara menjadi maju dengan beraspirasikan suara rakyat berbilang bangsa, agama, warna kulit dan usia.

Marilah bersama kita membina negara Malaysia Maju!

SASARAN

Sepanjang 60 hari program Malaysia Maju yang dilancarkan pada 23 Julai 2022, lebih 50,000 rakyat Malaysia akan berkongsi idea, pandangan dan hasrat mereka tentang apa yang harus dilakukan mencapai misi Malaysia Maju.

Setiap satu idea, pandangan dan hasrat di dalam inisiatif Malaysia Maju ini akan menjadi rujukan untuk MUDA membina semula negara berpandukan kepada suara rakyat Malaysia.

RAIH DANA

Malaysia Maju adalah sebuah inisiatif yang tidak berorientasikan keuntungan. Setiap ringgit dan sen yang diraih akan dibelanjakan untuk memastikan sasaran Malaysia Maju dapat dicapai.

SUKARELAWAN

Negara tidak akan bergerak maju tanpa titik peluh anda. Jadilah sukarelawan Malaysia Maju dan sumbanglah tenaga untuk negara.

HUBUNGI KAMI

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Jika anda mahu berkenalan dengan pasukan dan sukarelawan Malaysia Maju, bolehlah berhubung dengan Malaysia Maju di +60 11 3252 2703